Ahli perniagaan Abdullah_Fadzil_Che_Wan

Beliau juga terlibat dalam industri sarang burung walit yang diterokai secara besar-besaran bersama beberapa rakan kongsinya. Syarikatnya ialah Kumpulan Syarikat Swiftlet Eco Park, Syarikat ini adalah syarikat terbesar di Malaysia yang terlibat dalam industri sarang burung dan penternakan burung walit. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan.[4]

Syarikat tersebut adalah Pemaju Taman Eko Burung Walit terbesar diMalaysia dan didunia. syarikat juga mengurus Skim Kepentingan Kongsitani Burung Walit yang pertama di Malaysia.

Kumpulan Syarikat Swiftlet Eco Park juga merupakan syarikat yang pertama yang bekerjasama dengan universiti & institut untuk menjalankan kajian & penyelidikan tentang kebaikan Sarang Burung dan syarikat pertama yang menghasilkan produk berasaskan Ekstrak Sarang Burung.

Syarikat tersebut juga merupakan syarikat Jualan Langsung Pertama yang mempromosikan produk-produk Sarang Burung,

Kumpulan Swiftlet menjalankan perniagaan Pusat Kecantikan dan kesihatan yang menyediakan rawatan kecantikan berasaskan produk penjagaan kulit & kecantikan Sarang Burung secara francais.

Beliau juga Pengerusi, Perak Integrated Network Services Sdn. Bhd.[5]

Dia kini dilaporkan mengalami dementia. [6]